Dakwah dan Tabligh adalah perintah Allah SWT dan amalan semua para nabi dan rasul khususnya junjungan kita yang mulia Nabi Muhammad SAW.
2. Objektif yang hendak dicapai ialah untuk memberi kesedaran dan kefahaman kepada umat Islam bahawa tugas yang mulia ini adalah tanggungjawab dan amanah yang telah Allah berikan kepada umat ini sebagaimana firmanNya yang bermaksud: “Kamulah umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk manusia, kamu menyeru kepada yang makruf dan kamu menegah daripada kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah”. (Surah Ali ‘Imran ayat 110)
MJBBSP sebagai pusat Dakwah dan Tabligh seluruh Malaysia.
3. Sebagai pusat Dakwah dan Tabligh seluruh Malaysia, program harian di MJBBSP adalah seperti berikut :-
| Bil. |
Waktu |
Aktiviti |
| 1. |
Jam 9.30 – 12.30 t/hari |
- Dakwah Nasihat (Bayan Hidayah – untuk jemaah keluar)
- Dakwah Nasihat (Bayan Wapsi – untuk jemaah yang baru balik)
- Bacaan Hadis (Taklim Fadhail) dan Muzakarah (6 sifat sahabah yang unggul)
|
| 2. |
Selepas solat Zohor ( 15 minit ) |
Bacaan Hadis Fadhail (Taklim Fadhail) |
| 3. |
Selepas solat Asar |
- Mesyuarat Harian
- Lapuran kerja jemaah keluar di jalan Allah ((Karguzari)
|
| 4. |
Maghrib |
Tazkirah Dakwah (Bayan Maghrib) |
| 5. |
Selepas solat Isyak |
Bacaan kitab Hayatus Sahabah dalam Bahasa Arab diterjemah dalam Bahasa Malaysia oleh Imam Us Che Hamid bin Chin |
| 6. |
Selepas solat Suboh |
Tazkirah Dakwah (Bayan Subuh) |
4. Mesyuarat yang melibatkan wakil-wakil dari semua pusat usaha dakwah se-Malaysia diadakan tiga bulan sekali. Mesyuarat ini mengambil masa selama tiga hari dan lazimnya melibatkan seramai lebih kurang 200 orang. Bagi tahun 2010, mesyuarat ini telah diadakan pada bulan Februari, Mei, Ogos dan November.
5. Disamping program harian dan 3 bulanan MJBBSP juga menganjurkan perhimpunan dakwah dan tabligh dua tahun sekali. Bagi tahun 2010 tiada program Ijtimak Tahunan se-Malaysia yang besar seperti yang telah diadakan pada tahun 2009. Walau bagaimanapun satu perhimpunan di peringkat kawasan tengah telah diadakan di MJBBSP pada 11 – 14 Jun 2010. Jumlah yang hadir ialah seramai 10,000 orang. Jumlah jemaah yang dihasilkan adalah 52 jemaah (4 bulan dan 40 hari).
6. Sepanjang tahun 2010 jumlah jemaah yang telah dihasilkan adalah seperti berikut :-
Jemaah-jemaah yang dihantar ke luar negara
|
Tempoh
|
Tempat Di Hantar
|
Jumlah
Jemaah
|
| 1 Tahun (Jemaah Ulamak) |
IPB (India, Pakistan, Bangladesh) |
4
|
| 4B (Negara Jauh)
4B
IPB |
AustraliaNew CaledoniaEnglandS. Korea / Hong KongWest IndiesSurinam / GreeceHolland / SwedenNew Zealand
Reunion / Mayotte / Comoros
Rusia / Kyrgistan
China
Japan / Korea
United State
Albania
Indonesia
Filipina
India, Pakistan, Bangladesh |
2
1
2
2
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
137
|
| Jumlah Jemaah 4B |
157
|
| 2B Masturat(jemaah wanita) |
India / BangladeshAustraliaKuwaitUnited KingdomCape TownSouth AfrikaHollandComoros
Qatar |
2
3
1
1
1
1
1
1
1
|
| Jumlah Jemaah 2B |
12
|
Jemaah 40 hari yang dihantar ke negara-negara jiran dan dalam negeri
|
Tempoh
|
Tempat Di hantar
|
Jumlah Jemaah
|
|
40H
|
Luar Negara ( negara jiran )
|
109
|
|
40H
|
Sabah / Sarawak
|
245
|
|
40H
|
Dalam Negeri ( Semenanjung )
|
642
|
|
40H
|
Masturat ( jemaah bersama isteri )
|
57
|
| Jumlah Jemaah 40H |
1053
|
MJBBSP sebagai pusat Dakwah dan Tabligh bagi kawasan Lembah Klang dan sekitarnya.
Perhimpunan Mingguan
7. Perhimpunan ini diadakan setiap hari Sabtu malam Ahad bermula daripada solat Asar hingga 8 pagi keesokannya. Lazimnya kehadiran adalah lebih kurang 4,000 orang setiap minggu. Aktiviti tetap bagi perhimpunan mingguan ini adalah seperti berikut:
|
Waktu
|
Aktiviti
|
| Selepas solat Asar |
- Bacaan Taklim Fadhail (45 minit)
- Bayan Asar
|
| Selepas solat Maghrib |
- Bayan Utama
- Penyediaan mereka yang sedia untuk keluar ke jalan Allah
|
| Selepas solat Isyak |
- Bacaan kitab Hayatus Sahabah dalam Bahasa Arab dan diterjemah dalam Bahasa Melayu
- Nasihat dan galakan untuk beriktikaf dan mendirikan malam mengikut kemampuan.
|
| Selepas solat Suboh |
- Bayan Suboh
- Pembentukan jemaah bagi yang bersedia keluar di jalan Allah secara tunai.
|
8. Oleh kerana mereka yang hadir dalam perhimpunan mingguan ini terdiri daripada berbagai bangsa maka bayan-bayan yang disampaikan perlu diterjemahkan. Untuk itu pada setiap minggu sentiasa terdapat terjemahan bayan dalam Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Urdu, Tamil, Mandarin, Benggali, Myanmar dan Rohingya.
9. Di samping terjemahan kepada bahasa-bahasa lisan terdapat juga terjemahan kepada bahasa isyarat iaitu untuk golongan pekak ( bisu ). Pada setiap perhimpunan mingguan sentiasa terdapat golongan ini hadir dan mengikuti program yang diaturkan. Secara purata jumlah mereka adalah seramai 25 orang.
10. Bagi sepanjang tahun 2010 berikut adalah perangkaan jemaah/orang yang keluar di jalan Allah mengikut tempoh-tempoh yang dinyatakan:
10.1 Jemaah 1 Tahun sebanyak 1 jemaah yang terdiri dari 15 orang;
10.2 Jemaah 4 Bulan seramai 298 orang;
10.3 Jemaah 2 Bulan seramai 120 orang;
10.4 Jemaah 40 Hari seramai 3,074 orang.
Mesyuarat mingguan
11. Disamping perhimpunan mingguan pada hari Sabtu, MJBBSP juga menjadi tempat tumpuan bagi mesyuarat mingguan usaha dakwah dan tabligh bagi kawasan yang dimaksudkan iaitu pada setiap hari Rabu. Mesyuarat bermula pada jam 6:15 petang dan berakhir dengan masuknya waktu Isyak. Lazimnya kehadiran adalah seramai lebih kurang 300-350 orang.
Masjid MJBBSP sebagai masjid kariah dan pusat dakwah setempat
12. MJBBSP adalah juga sebuah masjid untuk ahli kariah Bandar Baru Seri Petaling. Dalam hubungan ini objektif pengurusan masjid ialah untuk menjadikan ia sebagai satu cabang daripada masjid Nabawi seperti di zaman Nabi Muhammad SAW yang hidup 24 jam dengan amalan-amalan masjid iaitu dakwah, taklim, ibadah dan khidmat.
13. Keterangan lanjut bagaimana amalan-amalan tersebut dilaksanakan adalah seperti berikut:
13.1 Mesyuarat / Fikir Harian
Mesyuarat diadakan setiap hari selepas taklim fadhail harian (selepas Subuh) Perkara-perkara yang dibincangkan adalah:
- Laporan aktiviti hari sebelumnya ;
- Mengatur program harian :-
i) Mengaturkan mereka yang bersedia memberi masa mengikut waktu masing-masing sepanjang hari;
ii) Mengaturkan kunjungan kepada setiap ketua keluarga Islam agar dapat berkenalan dan mengukuhkan ukhuwah kejiranan;
iii) Menyenaraikan nama-nama mereka yang perlu dikunjungi untuk disediakan bagi keluar ke jalan Allah;
iv) Mengunjungi mereka yang sakit, uzur, dan yang memerlukan khidmat tertentu;
v) Mengunjungi keluarga mereka yang keluar di jalan Allah.
13.2 Taklim Harian
Taklim fadhail bagi ahli kariah MJBBSP diadakan selepas solat Suboh. Tempoh masa taklim adalah selama 30 minit. Di samping halqah taalim utama dalam Bahasa Melayu terdapat juga halqah taklim dalam Bahasa Inggeris, Tamil dan Benggali. Jumlah yang duduk dalam kesemua halqah taklim ini ialah sekitar 40 orang.
13.3 Ziarah Mingguan
a. Ziarah mingguan diadakan pada setiap hari Selasa selepas solat Maghrib. Selanjutnya bayan diadakan selepas solat Isyak. Sebagai satu program tempatan, ziarah ini melibatkan semua zon di BBSP. Lazimnya penglibatan ahli kariah dalam program ini ialah sekitar 50-100 orang.
b. Di samping ziarah di kawasan sekitar BBSP (ziarah pertama) usaha juga di buat untuk menghidupkan ziarah kedua di masjid dan surau di bawah naungan (halaqah) MJBBSP yang berjumlah 23 buah kesemuanya. Usaha ini dibuat bersama ahli kariah masjid/surau berkenaan (jika ada). Sekiranya tiada penglibatan ahli kariah tempatan, usaha ini tetap diteruskan dengan sentiasa menyeru dan menggalakkan mereka agar dapat mengambil bahagian supaya masjid/surau mereka juga hidup dengan amal-amal masjid Nabawi yang dimaksudkan. Terdapat 8 jemaah secara istiqamah melaksanakan usaha ziarah kedua ini. Lazimnya setiap jemaah terdiri daripada 8-10 orang.
c. Sepanjang tahun 2010 beberapa surau telah hidup dengan beberapa amal seperti taklim harian, ziarah pertama, solat berjemaah dan mereka yang memberi masa beberapa jam sehari bagi tujuan dakwah kepada masyarakat setempat. Surau-surau yang telah dapat menghasilkan beberapa amal tersebut ialah Surau Darul Jalil, Surau Vista A dan C, Surau Danau Murni, Surau Apartment Savannah dan Surau Al Makmur Taman Gembira.
13.4 Memberi masa 2 ½ jam ke arah 8 jam setiap hari
a. Galakan terus diberikan setiap hari agar ahli kariah dapat memberi masa sekurang-kurangnya 2½ jam sehari bagi maksud berjumpa dengan umat Islam yang lain dengan membawa fikir agama dan dakwah kepada mereka. Tempoh 2 ½ jam ini adalah merupakan 10% daripada 24 jam sehari semalam. Mereka yang bersedia untuk memberi masa yang lebih adalah digalakkan untuk berbuat demikian bagi mencapai sasaran 8 jam setiap hari.
b. Bagi tahun 2010 secara purata seramai 15 orang ahli kariah telah dapat memberi masa 2 ½ jam secara istiqamah setiap hari.
13.5 Keluar 3 hari di jalan Allah setiap bulan
a. Sebagai satu tertib yang ringan untuk umat Islam mendapat pendedahan berkenaan kepentingan agama dan usaha atas agama maka mereka dianjurkan supaya dapat meluangkan masa 3 hari setiap bulan. Ini adalah salah satu daripada amal yang sewajarnya hidup di setiap masjid. Sebagai masjid kariah, MJBBSP telah menghidupkan amalan ini sejak ia diasaskan pada tahun 1995.
b. Sebagai gambaran umum jemaah 3 hari dihantar ke kawasan-kawasan di Lembah Klang. Lazimnya program harian yang di laksanakan sepanjang hari adalah seperti berikut :-
|
Waktu
|
Aktiviti
|
| Selepas solat Suboh |
- Bayan berkenaan 6 Prinsip yang merupakan ciri-ciri utama kehidupan para Sahabah
- Mesyuarat program harian
|
| Jam 9:30 pagi – hampir Zohor |
- Taklim yang terdiri daripada empat bahagian
- taklim kitabi
- halkah al Quran
- muzakarah adab dan usul
- muzakarah 6 Prinsip
- Kunjungan khusus kepada ketua/tokoh masyarakat setempat.
|
| Selepas solat Zohor |
|
| Selepas solat Asar |
- Bayan berkenaan kepentingan dakwah
- Kunjungan khusus
- Kunjungan umum kepada umat Islam di kariah tersebut.
|
| Selepas solat Maghrib |
- Bayan berkenaan kepentingan usaha agama dan keluar ke jalan Allah.
|
| Selepas solat Isyak |
- Berinteraksi dan ramah mesra dengan jemaah setempat yang berada di masjid.
- Taklim akhir dan galakan untuk menghidupkan malam
|
c. Sepanjang tahun 2010 sebanyak 8 jemaah 3 hari telah dapat dihasilkan setiap bulan yang merangkumi juga jemaah yang dihasilkan oleh surau-surau di bawah naungan MJBBSP.
Bagi mencapai maksud untuk menjadikan masjid sebagai pusat pendidikan dan tarbiah ummah, fungsi taklim dan taklum (belajar dan mengajar) wajar dihidupkan di setiap masjid. Melalui fungsi ini umat Islam dapat disediakan untuk memahami apa yang Allah mahu daripada mereka dan bagaimana mereka dapat melaksanakan semua perkara yang diredhai dan di sukai Allah sebagaimana yang ditunjuk oleh Nabi SAW.
2. Keterangan lanjut berkenaan program taklim dan taklum yang di laksanakan di bawah naungan MJBBSP adalah seperti berikut:
Pengajian di Madrasah Miftahul Ulum Seri Petaling
2.1 Sejak diasaskan pada tahun 1995 dengan permulaan seramai 25 orang pelajar tahfiz, MUSP kini telah berkembang sehingga mempunyai seramai 267 orang pelajar dan 28 orang tenaga pengajar. MUSP juga mempunyai sebuah madrasah cawangan iaitu di Bukit Changgang Selangor. Di samping itu MUSP juga mempunyai Program Berkembar dengan Madrasah Miftahul Ulum Ulu Langat dan Madrasah al Quran Sinaran Baru, Johor Bahru dimana pelajar-pelajar yang tamat tahun empat di madrasah-madrasah tersebut menyambung pengajian mereka di MUSP.
2.2 MUSP mengendalikan tiga bidang pengajian iaitu alim, tahfiz dan qiraat. Tempoh pengajian alim/berkitab ialah selama enam tahun. Pelajar yang mengakhiri tahun tersebut akan menyambung pengajian kepada tahun tujuh dan lapan dengan pengkhususan dalam Sihah Sittah. Pengajian ini mengekalkan kaedah pengajian hadis secara bersanad dengan menggabungkan metodologi hadis dan metodologi mazahib iaitu pembelajaran empat mazhab dengan tarjeh Syafi’e.
2.3 Mereka yang tamat pengajian di tahun 8 dianjurkan supaya keluar ke jalan Allah untuk tempoh satu tahun. Selanjutnya mereka juga ditawarkan untuk menjalani latihan praktikal mengajar selama tempoh satu tahun, khususnya bagi mereka yang berminat untuk berkhidmat dalam pendidikan di madrasah.
2.4 Tempoh pengajian tahfiz adalah lazimnya di antara 2-3 tahun bergantung kepada kemampuan pelajar untuk menyempurnakan hafazan mereka. Ujian akhir bagi memperoleh syahadah ialah dengan menjalani bacaan 30 juz tanpa melihat al-Quran dalam masa antara satu atau dua hari.
2.5 Jumlah pelajar MUSP pada 31 Disember 2010 ialah seperti berikut:-
|
Nama Madrasah
|
MUSP
|
MTMU
|
MQSB
|
Jumlah Pelajar
|
|
|
|
|
Mengikut Tahun
|
|
|
Pengajian Islam dan Bahasa Arab
|
|
|
| Peralihan |
|
|
16
|
16
|
| Tahun 1 |
34
|
|
16
|
50
|
| Tahun 2 |
19
|
|
6
|
25
|
| Tahun 3 |
33
|
|
|
33
|
| Tahun 4 |
18
|
|
|
18
|
| Tahun 5 |
33
|
|
|
33
|
| Tahun 6 |
26
|
|
|
26
|
| Tahun 7 |
37
|
|
|
37
|
| Tahun 8 |
16
|
|
|
16
|
| Jumlah |
216
|
|
38
|
254
|
|
|
|
|
|
|
|
Pengajian Tahfiz dan Tajwid
|
|
|
| Pengajian Nazirah |
|
|
|
|
| Pengajian Tajwid |
19
|
|
|
19
|
| Tahfiz |
15
|
86
|
|
101
|
| Syahadah |
17
|
|
|
17
|
| Jumlah |
51
|
86
|
0
|
137
|
|
|
|
|
|
| Jumlah Keseluruhan |
267
|
86
|
38
|
391
|
Petunjuk:
MUSP: Madrasah Miftahul Ulum Seri Petaling, KL
MTMU: Maahad Tahfiz Miftahul Ulum, Bukit Changgang, Selangor
MQSB: Madrasah Al Quran Sinaran Baru, Johor Bahru
2.6 Bagi tempoh berakhir 31 disember 2010, terdapat 69 pelajar asing yang menuntut di MUSP. Mereka adalah daripada negara-negara berikut :-
|
Bil.
|
Negara
|
Bilangan Pelajar
|
| 1. |
KEMBOJA |
25
|
| 2. |
INDONESIA |
6
|
| 3. |
VIETNAM |
6
|
| 4. |
FILIPINA |
6
|
| 5. |
CHINA |
6
|
| 6. |
THAILAND |
4
|
| 7. |
AUSTRALIA |
4
|
| 8. |
SINGAPURA |
3
|
| 9. |
BRUNEI |
2
|
| 10. |
MYANMAR |
2
|
| 11. |
TAJIKISTAN |
2
|
| 12. |
USA |
1
|
| 13. |
KANADA |
1
|
| 14. |
PAKISTAN |
1
|
2.7 Jumlah pelajar yang telah tamat pengajian sepanjang tahun 2010:
2.7.1 Pengajian Islam dan Bahasa Arab – 18 orang;
2.7.2 Pengajian Tahfiz al Quran – 7 orang;
2.7.3 Pengajian Tajwid wal Qiraat – 3 orang.
2.8 Majlis Khatam Bukhari yang menandakan tamatnya pengajian alim di tahap tertinggi tahun lapan (8) telah diadakan pada 10 Julai 2010.
Pengajian Umum Lelaki dan Perempuan
2.8 Sebagai melengkapkan fungsi masjid dalam bidang taklim dan taklum, program pengajian dewasa juga diaturkan untuk lelaki dan perempuan. Program pengajian lelaki diadakan di masjid dan program pengajian untuk perempuan diadakan di rumah ustaz yang mengajar. Program yang telah diaturkan sepanjang tahun 2010 adalah seperti berikut:
2.8.1 Jadual Program Pengajian Lelaki:
|
Hari / Masa
|
Tajuk / Kitab
|
|
Ahad (selepas Maghrib)
Us Husnol Hizam Hamzah
|
Pengajian Sirah Rasullullah / Kitab Rahiqul Makhtum
|
|
Isnin (selepas Maghrib)
Us Fauzi Ab Rahman
Us Anuar Ramli
|
Pengajian Tasauf – Kitab Minhajul Abidin
Pengajian Fiqh – Kitab Sabilal Muhtadi
|
|
Rabu (selepas Maghrib)
Us Suhaimi Mohd Sharif
|
Pengajian al Quran dan Tajwid
Kitab Jamalul Quran
|
|
Khamis (selepas Maghrib)
Us Airy Abdullah
|
Pengajian Hadis
Kitab Riadhus Solihin
|
|
Jumaat (selepas Maghrib)
Us Mansoor Ismail
|
Pengajian Tafsir Al Quran
Kitab Tafsir
|
2.8.2 Jadual Program Pengajian Perempuan:
|
Hari / Masa dan Pengajar
|
Tajuk / Kitab
|
|
Sabtu (8:30 – 9:30 pagi)
(Sabtu Pertama dan Ketiga)
Us Mohd Ali bin Yusop
|
Pengajian Fiqh
Kitab Matla’al Badrain
|
|
Sabtu (8:30 – 9:30 pagi)
(Sabtu Kedua dan Keempat)
Ustz. Rozaini Abd Ghaffar
|
Pengajian Hadis
Kitab Mustika Hadis
|
|
Sabtu (9:30 – 11:30 pagi)
Ustz. Rosmawati Abd Ghaffar
|
Pengajian Al Quran dan Tajwid
|
|
Sabtu (11:00 – 12:30 t/hari)
Us Mansoor Ismail
|
Pengajian Fiqh
Kitab Fiqh Wanita
|
|
Khamis (9:00 – 10:30 pagi)
Us Mansoor Ismail
|
Pengajian Tafsir Al Qurqn
|
Taklim Fadhail untuk yang keluar di jalan Allah, ahli kariah dan orang awam
2.9 Bagi mereka yang masih berada di MJBBSP dan menunggu tarikh untuk keluar di jalan Allah serta mereka yang baru balik khuruj, majlis taklim fadhail diturkan pada pukul 9:30 pagi setiap hari sehingga pukul 12:30 tengahari.
2.10 Bagi ahli kariah MJBBSP pula majlis taklim fadhail harian adalah selepas solat Suboh. Tempoh masa ialah lebih kurang 30 minit.
2.11 Sebagai meluaskan manafaat majlis taklim fadhail ini usaha juga dibuat pada waktu Maghrib hingga Isyak untuk berjumpa dan menyediakan sesiapa sahaja yang dapat ditemui di luar masjid untuk turut menyertai majlis taklim yang diadakan pada waktu itu.
Bacaan Kitab Hayatus Sahabah
2.12 Salah satu amalan taklim yang tetap di MJBBSP ialah bacaan kitab Hayatus Sahabah setiap hari selepas solat sunat Isyak. Lazimnya bacaan ini dibuat oleh Ketua Imam dalam tempoh 15 minit termasuk bacaan dalam Bahasa Arab dan diterjemahkan dalam Bahasa Melayu.
Dalam melaksanakan fungsi masjid sebagai tempat tumpuan ibadah, MJBBSP sentiasa terbuka sepanjang tempoh 24 jam. Ini membolehkan sesiapa sahaja untuk datang dan menyempurnakan ibadah-ibadah lain mengikut kesediaan masing-masing disamping solat lima waktu yang telah ditetapkan. Keterangan lanjut terhadap amalan ibadat ini adalah seperti berikut:
Perlaksanaan solat lima waktu
2. Jadual waktu solat harian dipamerkan dibeberapa tempat di masjid ini dengan menyatakan juga waktu iqamahnya (15 minit selepas azan kecuali waktu Maghrib selama 8 minit). Secara purata pada hari biasa bilangan mereka yang menunaikan solat ialah seramai 450 orang. Daripada jumlah itu seramai 350 orang adalah terdiri daripada pelajar-pelajar madrasah dan ahli kariah. Secara umumnya semua pelajar madrasah dan majoriti ahli kariah menyempurnakan solat berjemaah.
Perlaksanaan solat-solat sunat
3. Dengan sifatnya yang terbuka 24 jam, MJBBSP sentiasa dimakmurkan oleh mereka yang melaksanakan pelbagai jenis solat-solat sunat iaitu solat sunat tahiyatul masjid, solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu, solat sunat isyrak, solat sunat dhuha dan solat sunat tahajjud.
4. Dengan datangnya bulan Ramadhan al-Mubarak, MJBBSP menganjurkan solat sunat terawih 20 rakaat dengan bacaan al Quran satu suku juz setiap malam. Walau bagaimana pun terdapat juga satu jemaah terawih kedua yang membaca 3 juz setiap malam. Bagi kumpulan ini mereka mengkhatamkan bacaan al Quran dua kali dalam tempoh 20 hari. Majlis khatam al Quran bagi kumpulan terawih umum diadakan pada malam 27 Ramadhan.
5. Solat sunat Eidul Fitri bagi tahun 2010 telah diadakan pada 10 September 2010 dengan kehadiran lebih kurang 2500 orang. Solat sunat Eidul Adha telah diadakan pada 17 November 2010 dengan jumlah kehadiran yang lebih kurang sama. Telah menjadi tradisi MJBBSP jamuan pagi hari raya diadakan selepas solat sunat Eidul Fitri dan Eidul Adha.
Tilawah Quran
6. Amalan membaca al Quran juga dapat dilihat sepanjang masa di MJBBSP, khususnya selepas solat lima waktu dan selepas program-program ijtimai’ yang lain. Mereka yang ingin membaca al Quran selepas pukul 11 malam boleh berbuat demikian di tempat yang dikhaskan berhampiran saf pertama.
Doa dan Zikir
7. Disamping amalan wirid dan doa selepas solat fardhu, amalan doa dan zikir secara persendirian juga kedapatan pada setiap masa terutama saat-saat yang mustajab sebelum Suboh dan juga selepas Asar.
I’tikaf
8. Ibadah i’tikaf juga dihidupkan di MJBBSP khususnya pada sepuloh hari terakhir Ramadhan dimana satu ruang khas disediakan. Lazimnya terdapat seramai 10 orang yang menyempurnakan i’tikaf sepenuh masa dalam sepuloh hari yang terakhir. Di samping itu terdapat juga mereka yang beri’tikaf Ramadhan secara separuh masa iaitu antara Isyak hingga Subuh.
9. Selain pada bulan Ramadhan amalan i’tikaf dihidupkan pada hari-hari biasa khususnya oleh mereka yang datang bagi tujuan khuruj dan mereka yang balik daripada khuruj. Pada malam Ahad jumlah yang beri’tikaf bertambah daripada hari-hari biasa, disebabkan program mingguan dakwah bagi kawasan Lembah Klang dan sekitarnya. Di samping itu terdapat juga individu-individu yang melakukan i’tikaf sunat mengikut kelapangan dan pilihan mereka.
Berbuka Puasa dan Sahur
10. Pada setiap bulan Ramadhan MJBBSP menyediakan kemudahan berbuka puasa bagi ahli kariah dan kepada semua yang berada di masjid. Secara purata jumlah mereka yang berbuka di MJBBSP adalah seramai 200 orang pada hari-hari biasa. Hidangan asas berbuka puasa yang disediakan ialah kurma, air sirap bandung dan bubur lambuk. Di samping menyediakan bubur lambuk kepada mereka yang berbuka di masjid, MJBBSP juga menyediakan bubur lambuk untuk di bawa berbuka di rumah. Makanan untuk sahur juga disediakan dengan bayaran seperti hari-hari biasa di luar Ramadhan.
Korban
11. Sempena sambutan Eidul Adha ibadah korban juga dilaksanakan. Bagi tahun 2010 sebanyak 23 ekor lembu dan 10 ekor kambing telah disembelih pada 17 November 2010 bersamaan 10 Zulhijjah 1431. Harga yang dikenakan kepada setiap peserta ialah RM330 bagi satu bahagian lembu dan RM600 bagi seekor kambing. Kerja-kerja menyembelih, melapah, memotong dan mengedar daging korban telah dilaksanakan secara bergotong-royong dengan ahli kariah.
Zakat Fitrah
12. Sebagaimana amalan tahunan dengan menjelangnya bulan Ramadhan beberapa orang telah dilantik oleh MAIWP sebagai amil bagi kutipan zakat fitrah. Nama-nama amil bagi tahun 2010 adalah seperti berikut:
12.1 Us Abd Razak Mustafa Kamal (Ketua Amil)
12.2 Us Amir bin Hamzah
12.3 Us Mohd Silmi bin Draman @ Ab Rahman
12.4 Haji Saifuddin bin Busrowi
Struktur Perlaksanaan Ibadah
13. Kesemua program ibadah yang dinyatakan diatas di ketuai oleh Ketua Imam MJBBSP sebagai sumber rujukan utama. Di samping itu beliau juga dibantu oleh semua ahli Jawatankuasa mengikut tugas-tugas yang diberikan.
Fungsi masjid selanjutnya yang dilaksanakan oleh MJBBSP ialah khidmat. Secara umumnya konsep khidmat ialah untuk membantu umat Islam menjadi hamba Allah dan umat Nabi SAW yang lebih baik.
2. Di peringkat MJBBSP sebagai pusat Dakwah dan Tabligh se Malaysia, tumpuan utama khidmat ialah kepada mereka yang hendak keluar di jalan Allah (khuruj). Dalam hal ini khidmat-khidmat utama yang diberikan ialah:
2.1 Mengaturkan sambutan dan penghantaran jemaah yang tiba/balik (di lapangan terbang, terminal–terminal pengangkutan darat);
2.2 Menyediakan kemudahan makanan selama mereka berada di MJBBSP kecuali jemaah luar negara disediakan secara percuma
2.3 Membantu dalam urusan perolehan/penyambungan visa dan pembelian tiket penerbangan dalam dan luar negeri.
3. Di peringkat MJBBSP sebagai masjid bagi kariah Bandar Baru Seri Petaling tumpuan khidmat adalah seperti urusan berikut :-
3.1 Pengendalian Jenazah
Sepanjang tahun 2010 MJBBSP mengendalikan 9 jenazah yang terdiri daripada 7 orang rakyat tempatan dan 2 orang warganegara luar. Pengendalian jenazah ini dilaksanakan bersama dengan Badan Khairat Kematian Seri Petaling.
3.2 Kemusykilan agama dan Khidmat nasihat
Daripada semasa ke semasa MJBBSP sentiasa menerima pertanyaan berkenaan permasalahan/kemusykilan agama. Urusan ini dikendalikan oleh Ketua Imam dan dibantu oleh beberapa ustaz yang berpengalaman.
3.3 Khidmat kepada Musafir
MJBBSP juga turut memberi kemudahan kepada musafir yang memerlukan tempat bermalam untuk beberapa hari. Dalam hubungan ini dasar masjid adalah memberi kemudahan bermalam untuk tempoh 3 hari sahaja. Dalam tempoh 3 hari tersebut mereka dianjurkan supaya mengambil bahagian dalam program-program masjid dengan matlamat mereka juga dapat memberi masa untuk usaha agama sebagaimana kemampuan mereka. Sekiranya mereka belum bersedia untuk memberi masa dan tempoh berada di masjid telah melebihi 3 hari maka mereka dianjurkan supaya meneruskan perjalanan mereka.
3.4 Gotong-royong Kebersihan
MJBBSP telah mengaturkan dua program gotong-royong bagi meningkatkan kebersihan dan keceriaan masjid iaitu pada 10 Januari dan 28 Februari 2010. Matlamat program ini ialah untuk melahirkan semangat tolong-menolong dan bekerjasama di kalangan ahli kariah. Jumlah kehadiran ialah sekitar 100 orang yang terdiri daripada ahli kariah dan pelajar-pelajar madrasah.
3.5 Pendaftaran Ahli Kariah
MJBBSP telah mewujudkan daftar penduduk Islam di BBSP dan surau-surau di bawahnya. Tujuan pendaftaran ahli kariah ini ialah untuk mengenal pasti jumlah penduduk Islam di BBSP dan kawasan persekitarannya. Selanjutnya daripada maklumat ini pelbagai inisiatif lanjutan dapat dilaksanakan bagi manafaat bersama, seperti kunjungan bagi mengukuhkan ukhwah kejiranan dan mengenal pasti golongan fakir/miskin supaya sebarang bentuk bantuan dapat disalurkan.
3.6 Perkhidmatan Jurunikah
Dua orang tenaga pengajar Madrasah Miftahul Ulum Seri Petaling telah dilantik oleh JAWI sebagai Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk bagi kawasan Bandar Baru Seri Petaling dan Bukit Jalil. Bagi tahun 2010 tiada perubahan kepada petugas tersebut iaitu :-
3.6.1 Ustaz Che Hamid Bin Chin
3.6.2 Ustaz Fauzi Bin Abd Rahman.
3.7 Laman Web
Sebagai salah satu media tambahan bagi ahli kariah khasnya dan umat Islam umumnya untuk mendapatkan maklumat berkenaan MJBBSP, satu laman web telah di wujudkan iaitu www.masjidsp.com. Laman web ini sedang di kemas kini bagi mengandungi maklumat yang terkini dan komprehensif.
3.8 Saudara Islam ( muallaf )
Sepanjang tahun 2010, seramai 13 orang telah memeluk Islam ditangan Ketua Imam dan pembantunya. Selanjutnya mereka telah dirujukkan kepada JAWI bagi urusan pendaftaran.