Utama

Sejarah Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling

Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling dibina pada tahun 1987 di atas tanah seluas 8.4 ekar dengan kelulusan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di dalam mesyuaratnya pada tahun 1985 telah meluluskan pembinaan masjid.

Pembinaan masjid telah dimulakan pada tahun 1987 yang dikendalikan oleh jawatankuasa pembinaan. Tujuan pembinaan masjid yang berdasarkan takwa dibina dengan tenaga secara sukarela dan kos perbelanjaan adalah sumbangan ahli jemaah sendiri.

Pada tahun 1993 masjid telah siap dibina dan telah memulakan solat Jumaat pertama (yang sebelum ini solat Jumaat disempurnakan di Surau Seri Petaling sebagai surau Jumaat) untuk anak kariah Seri Petaling dan juga berfungsi sebagai Pusat Dakwah dan Tabligh.

Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling telah didaftarkan secara rasmi di bawahJabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan no. pendaftaran JAWI/5/031. Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling mula dilantik secara rasmi melalui surat JAWI 5/413/Jld3 pada tahun 1998 oleh pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Aktiviti masjid bermula semenjak pembinaannya yang dikendalikan oleh jawatankuasa sementara sehingga tahun 1997. Setelah perlantikkan ahli jawatankuasa rasmi oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, semua aktiviti telah dimesyuaratkan oleh jawatankuasa yang diadakan dua bulan sekali. Beberapa jawatankuasa kecil atau biro telah ditubuhkan seperti :-

  • Biro Kebajikan
  • Biro Dakwah dan Pelajaran
  • Biro Kebersihan dan Penyelenggaraan dan
  • Biro Seranta dan Silaturrahim

Kini sudah 18 tahun masjid ini berdiri di tengah-tengah Bandar Baru Seri Petaling Berjaya mengarahkan aktiviti-aktiviti kepada amal 24 jam. Ia menjadi sebagai pusat komuniti Islam dan perkembangan agama bagi melahirkan masyarakat yang terpelihara dari segi aqidah dan syariah.

Kemudahan-kemudahan asas yang disediakan untuk mengadakan aktiviti seperti Dewan Mesyuarat Utama, Bilik Mesyuarat Syura, Bilik Kariah Seri Petaling, Bilik Kuliah, Dewan Solat Muslimah, Dewan Penginapan, Pejabat Masjid dan kemudahan dewan makan, tandas, bilik mandi, tempat wudhu, bilik pengurusan jenazah, medan letak kereta serta premis kedai untuk keperluan ibadat yang mencukupi.